Thursday, January 29, 2009

Buletin Program Mesra Ahli

Terima kasih kepada abg Mus diatas kesudian berkongsi pengalaman semasa Program Mesra Ahli. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menambah lagi berita boleh la emailkan kepada perlu_uitm@yahoo.com




Hari pertama

Alhamdullillah semua peserta program selamat dan amat gembira dengan perjalanan program. Bermula pada hari pertama 25hb kira-kira jam 8.30am ramai yang telah berkumpul di rumah Abg Mus di seksyen 8 bagi melakukan persiapan terakhir.
Tepat pada jam 1.30pm selepas makan tengah hari di seksyen 8, tiga biji kenderaan yang dipandu Abg.Mazlin, Abg.Shawn dan Atiq bertolak ke Ulu Langat.

Tiba di lokasi di "Impian Rimba" Ulu Langat kira-kira jam 3.00p.m. Dengan pengalaman yang ada, kraft perkhemahan berjaya dilakukan dalam masa yang singkat. Seterusnya apa lagi....? Mandi la...(bak kata abg.Mus)



Semasa dan selepas kraf perkhemahan
Kira-kira jam 7.00pm muncullah kelibat Abg.Pian (kawan lama abg. Shawn) bersama anak dan isteri dan kira-kira jam 7.30pm Wan (adik ipar Abg. Mazlin) dan Abg.boxer yang tersesat ke kaki gunung Nuang sampai ke lokasi.

Seperti biasa aktiviti malam dimulakan dengan makan malam...walau bagaimanapun ada aktiviti tambahan diadakan sewaktu makan malam untuk menambahkan lagi keceriaan malam itu... aktivitinya ialah makan DURIANNNN.....! (wrrgh...rugi la yang tak pegi....)




Selesai aktiviti makan, mereka semua dihidangkan dengan tayangan movie menarik ala panggung wayang. Laptop dan projektor yang dibawa oleh Abg.Pian ditambah dengan sound system yang diimport oleh Abg. Mus memang mengamatkan suasana. Beberapa filem seperti "FURY" "PERSUIT OF HAPINESS" dan beberapa filem aksi yang lain.


HARI KEDUA

Seawal pagi Ecah dan Nini (kawan Abg Mazlin) telah sibuk menyiapkan hidangan lazat seperti nasi lemak dan bubur durian. Dalam suasana dingin pagi semua yang ada dihidangkan dengan nasi lemak dan bubur durian yang dicicah dengan roti memang tak dapat dilupakan. Setelah selesai mengisi perut, semuanya tertumpu kepada aktiviti mandi-manda dikawasan tersebut.

Apabila matahari mula tinggi kawasan tersebut mula padat dengan pengunjung. Semua mula naik dan satu plan ke air terjun Lopo dibuat dan terus disusun tanpa membuang masa. Berbekalkan makanan sepeti roti dan biskut, semua yang ada termasuk kanak-kanak (Maisarah 2 tahun, Umair 2 tahun dan Zaif 4 tahun)dan isteri abg Pian yang mengandung 4 bulan turut serta dalam mini ekspidisi ke air terjun.

Semasa dan sebelum Ekspidisi mini

Antara panorama indah yang terhidang



Wajah kepuasan

Agak lambat kira-kira 2 jam lebih perjalanan, akhirnya semua selamat sampai kira-kira jam 4.00p.m. Walaubagaimanapun, penat dan lelah semuanya terbalas apabila sampai ke kawasan air terjun.

Pada jam 7.00p.m Alhamdulillah semua berjaya sampai ke kawasan parkir kereta. Selesai dengan akiviti cooling down dan bacaan doa tanda syukur semua kembali ke base camp yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan menaiki van.

Seperti biasa aktiviti malam dimulakan dengan makan malam. Kali ini Ecah selaku ketua masakan betul-betul menunjukan kepakarannya apabila menghidangkan lauk ayam masak lemak ala Negeri Sembilan (teringat Abg. John) kata Abg. Mus.

Lebih menceriakan suasana ialah apa bila Abg.Stone yang sibuk dengan urusan kerja sempat datang untuk menjengok rakan-rakan yang ada. Bukan itu sahaja, beliau juga hadir dengan satay ayam dan daging yang menyelerakan.
Untuk menyambut kedatangan Abg.Stone pada malam itu kira-kira pukul 9.00 p.m, beberapa orang seperti Abg.Mazlin, Abg.shawn, Abg. Mus, Abg.Pian, Wan, Abg Boxer dan Abg. Stone sanggup turun semula untuk mandi di dalam kesejukan sungai tersebut.
Selesai dengan mandi-manda waktu malam, aktiviti menonton wayang pula disambung. Apabila penat trekking dicampur dengan penat main air kesudahannya wayang yang tengok mereka.


HARI KETIGA

Seperti biasa aktiviti pagi dimulakan dengan sarapan pagi. Selepas menjamu hidangan cekodok dicicah sardin, semua yang ada meneruskan pagi tersebut dengan aktiviti mandi. Selesai makan tengah hari dengan lauk sardin goreng, ikan goreng dan sayur kobis semua yang ada mengembeling tenaga unuk mengemas tapak perkhemahan. Setelah selesai mengemas kira-kira jam 4.00pm semua membuat persiapan diri untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang, semua singgah di rumah kakak kepada kak Nurul di mana ibu kak Nurul menghidangkan nasi briani ayam merah. Perrgh...... memang marvelous.


Di rumah kakak kak Nurul


Dari rumah tersebut berpisah la semua yang ada untuk pulang kerumah masing-masing.

Dari program yang telah dilalui ini banyak perkara yang dapat dikecapi. Abg.Mus juga menyatakan bahawa dengan adanya program ini kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan merapatkan hubungan sesama ahli dan alumni.
Difahamkan juga Abg.Shawn akan menyusun satu lagi program ke Taman Negara Pahang tetapi masih didalam perancangan. Menjadi harapan sekiranya program tersebut medapat sambutan yang lebih menggalakkan. Terima Kasih.

"Keep up the good work"
P/S: Terima kasih kepada semua yang telah mmberikan maklumat terkini hiburan sensasi kepada ADMIN blog ini. Semoga ada lagi yagi yang dapat memberikan maklumat mengenai apa-apa yang berkaitan dengan aktiviti dan rancangan berkenaan PERLU supaya dapat admin sebarkan melalui Blog ini.

8 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

maaf kerana tak dapat ikut sama. apa pun tahniah PERLU.

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah shbt2 PERLU...
maaf juga sbb x dpt join...
ada rzki, lain kali insyallah...


salam perjalanan...

PPT said...

"Keep Up The Good Work"

Aktiviti seperti ini memerlukan lebih lagi penglibatan semua orang termasuk yang Islam dan bukan Islam. Dengan alasan mudah seperti 'no budget', 'no money' dan macam-macam lagi akan membuatkan aktvt macam nie tiada lagi dalam perancangan. Budget takdak tapi sms boleh pulak. Kurangkanlah budaya subsidi dalam individu. Dunia Oh Dunia. Budget kecik aktvt pun kecik la...
Aktvt seterusnya InsyaALLAH bulan March di Negeri Sembilan. 'First Come First Serve'.

Thank You Admin.

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Congratulation..PERLU THE BEST..!!

Kalau ada masa singgah la di Bandar Penawar ni. Sini pon syok jgk, bley tgk tenggiling, b**i hutan, yang "tu" pn ada.

PERLU UiTM said...

InsyaAllah... Jika ada support dari semua pasti akan sampai.

Stoner said...

founder blog ini kalu nak tau perlu ada emel lama---->perlu_uitm@yahoo.com

jadi sila emel apa2 kepada alamat di atas supaya saya boleh bagi password emel lama tersebut ok?

PERLU UiTM said...

Terima kasih Abg. stone. tepat pada masanya kemunculan abg Stone untu berikan email persatuan. Terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan kepada PERLU

aishahadnan said...

salam...
tq coz selalu mengupdate kan hal2 parsatuan dalam blog ni...

untuk pengetahuan selain 1st camp, t.o.t ke-11 akan diadakan pada 13-15 febuari ni tau...

selain tu pagi tadi nenda ellail ain meninggal dunia.