Tuesday, February 3, 2009

AL_FATIHAH

Takziah diucapkan kepada bekas presiden PERLU Abg. Shariman dan keluarga di atas pemergian adiknya yang tersayang. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan yang beriman.


Berikut adalah sedikit petikan Akhbar Berita Harian, Selasa, 03 Februari 2009 / 8 Safar 1430




Konstabel koma tiga bulan meninggal

MELAKA: Selepas hampir tiga bulan koma akibat dibelasah lebih 20 lelaki di sebuah restoran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC, Konstabel Mohd Fairuz Shafie (gambar), 23, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor, berkata anggotanya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT), Johor, kira-kira jam 9 malam ketika menerima rawatan lanjut di situ selepas dipindahkan dari Hospital Melaka (HM) pertengahan Disember lalu.
"Polis kontinjen negeri berasa kehilangan Mohd Fairuz, anggota yang sangat berdedikasi. Biarpun baru lebih setahun berkhidmat, Allahyarham menunjukkan komitmen tinggi terhadap tugasnya di Jabatan Siasatan Jenayah IPK.
"Bagi pihak semua warga kerja polis di negeri ini, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Fairuz," katanya selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan IPK Melaka di Bukit Beruang, dekat sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Allahyarham pengsan dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HM selepas dibelasah 22 lelaki di Restoran Subaidah MITC, Ayer Keroh, kira-kira jam 11.45 malam 21 November lalu ketika minum bersama seorang wanita.
Siasatan polis mendapati beliau cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul dengan topi keledar dan polis kemudian menahan kira-kira 15 individu, manakala motif serangan dipercayai akibat cemburu.
Lapan individu termasuk dua beradik dan dua remaja didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Melaka 5 Disember lalu dan kes dijadual disebut semula April ini.
Sementara itu, ibu mangsa, Arpah Bachok, 54, berkata beliau menerima ketiadaan anak bongsunya itu serta tidak memaafkan mereka yang terbabit dalam kejadian itu selagi tidak dikena hukuman.
Hadir menziarahi keluarga Allahyarham, Ketua Polis Melaka, Mazlan dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, manakala kerajaan Melaka menyumbang RM10,000 yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman.

AL-FATIHAH......

5 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

al-fatihah...


salam perjalanan...

hisyamchemat said...

Takziah dari saya sekeluarga. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan golongan yang beriman.

wegreentheearth said...

salam takziah kepada keluarga shariman...
semoga tabah menghadapi hari2 mendatang...
al fatihah buat mohd fairuz...

Unknown said...

Salam,

Ucapan takziah dari saya sekeluarga dan marilah bersama kita sedekahkan alfatihah buat allahyarham amin....

teamtact said...

salam takziah...