Alhamduilillah pada hari Sabtu yang lalu (7hb) sehingga semalam, hari Isnin (9hb) satu kem amali telah selamat dijalankan. Seramai 50 orang pelajar dari UiTM Shah Alam dan INSTEDT yang mengikuti kursus Amali Asas Perkhemahan Rekreasi Luar.
Faktor cuaca yang baik, persediaan yang baik, bantuan yang dihulurkan oleh para pensyarah dari UiTM dan INSTEDT dan penglibatan alumni PERLU sewaktu program berjalan telah banyak membantu 26 orang peserta dari UiTM dan 24 orang dari INSTEDT untuk menjalani aktiviti seperti yang dirancang.
Selain mendapat ilmu dan pengalaman, diharapkan program yang telah dijalankan dapat mencapai objektif dan membantu para peserta mendapatkan gambaran awal bagi melakukan persiapan ke Kem Amali Akhir nanti. Selain itu, diharap dengan wujudnya kerjasama di antara peserta dari UiTM dan INSTEDT di peringkat amali awal ini, akan memudahkan usaha kerjasama yang bakal dilakukan bagi program amali akhir nanti.
Terima kasih yang tak terhingga kepada En.Hisyam Che Mat kerana masih memberi peluang untuk kami ahli PERLU berkongsi pengalaman dan seterusnya mencari pengalaman dan ilmu baru menerusi kem ini. Tidak terkecuali ucapan terima kasih kepada pensyarah dari UiTM (Cik Suhana Aiman, En. Norasrudin, Pn. Rezian-na Kasim, En. Borhan, En.Azizul dan En. Khaizani) dan INSTED (En. Ahmad Firdaus Ibrahim, En. Fadzil dan En. Shah)
Tidak lupa juga kepada para alumni PERLU ( Abg. Mazlin, Kak Nurul dan Maisarah, Kak Yazilah,Kak Ina,Abg Bad, Abg Ijam, Abg. Shawn, Abg Yaser, Abg. Lan, Abg. Mus) yang sanggup
mengorbankan masa dan tenaga bagi membantu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga kepada kumpulan First Aider seramai 8 orang yang telah membantu untuk merawat mereka-mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada P.M Doc. Anuar Suun yang telah menggalakkan mereka untuk melakukan Medical Cover semasa program ini berjalan.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
.
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Think Global Not Local,
Minta membuat perubahan pada ejaan nama pensyarah yang hadir. Ada berlaku kesilapan ejaan.
Cadangan untuk meletakkan sekali para ALumni dari Batch mana. Sekurang-kurangnya apabila membaca kenangan lalu datang kembali.
THIS IS JUST A SUGGESTION.
Thank You.
Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pensyarah FSR dan INSTEDT yang turut hadir membantu dan memberi sokongan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada alumni PERLU yang masih belum jemu-jemu untuk membantu dan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama adik-adik di FSR. Kepada PERLU UiTM saya ucapkan terima kasih di atas sumbangan tenaga, dan masa anda. Semoga kehidupan anda sekalian diberkati Allah S.W.T. Jazakallahu khairan khathira
tahniah kpd semua ahli yg terlibat dlm membantu menjayakan program 1st camp ni...kepimpinan dan komitmen yg ditunjukkan anda sgt baik skali...
teruskan dan tingkatkan...well done...
syabas PERLU...wa caya lu,hehe...
salam perjalanan...
Salam Boss,
Mana ada jemu-jemu.
You Call We Hall.
Cheers...
THink GLobal Not Local
HiCMat
Terima kasih kembali
PPT
terima kasih diatas komen membina. Admin akan cuba memperbaiki kesilapan (ejaan nama). Admin juga akan cuba membuat post baru yang akan memperkenalkan para alumni. Mungkin bila ada gambar nanti lebih banyak kenagan dapat dicungkil.
Thinking Towards Global. Tq.
Perjalanan
Terima kasih kembali
terima kasih kepada PERLU kerana memberikan latihan amaili dan ilmu kepada kami para2 peserta dri Shah Alam dan Instedt..Terima kasih kepada lecturer,Faci,Alumni dan First Aider dan lain2 yg byk membantu kami...Sy amat berbangga kerana menjadi salah satu drp peserta Wonder camp..
terima kasih kepada PERLU kerana memberikan latihan amaili dan ilmu kepada kami para2 peserta dri Shah Alam dan Instedt..Terima kasih kepada lecturer,Faci,Alumni dan First Aider dan lain2 yg byk membantu kami...Sy amat berbangga kerana menjadi salah satu drp peserta Wonder camp..
Good Job PERLU....
terima kasih yang tak terhingga kepada lecturer, fasi2, alumni dan first aider krane membantu, memberi tunjuk ajar, memberi ilmu baru kepada kami peserta dan menjayakn wonder camp... ilmu yg diberikan amatlah bguna utk kami dimase hadapan.... maafkn lah sgale ksilapan yg telah dilakukan kami smase camp...
tahniah kepada sahabat2 saya yang lain kerana berjaya menjalankan tugas dgn penuh dedikasi... di sana bukan sahaja peserta dapat belajar, malah saya sendiri pun dapat mempelajari sesuatu di sana... semoga PERLU terus cemerlang, Gemilang dan Terbilang.... nak tanya... napa no contact saya tak ada ye?? saya bukan ahli ke??
salam..terima kasih byk2 kpd PERLU coz byk membntu kmi swaku disna..thanks a lot
NU TEPON SAYA DAH TUKA..MAKLUMAN
Post a Comment