Tuesday, June 16, 2009

SUKA_SUKI BAGAN LALANG

Mungkin apa yang dipaparkan agak terlewat. Admin menerima koleksi gambar daripada individu yang menyertai Gathering Bagan Lalang anjuran PERLU Selangor dan PERLU UiTM. Terima kasih diucapkan. Hanya gambar yang dapat menggambarkan suasana.



Night Volley ball & BBQ Night

Siapa Terhebat & Abg John the Return

Tiga Dara & Aksi Murai

Aksi Cik Su & Baling Belon


Yang Baru & Yang Lama

Yang Menanti & Yang Menerima

Yang Sporting & Yang Kena
Diharapkan dapatlah Keluarga PERLU berkumpul sekali lagi pada masa yang akan datang dengan lebih besar dan lebih meriah.
"ONCE PERLU, ALWAYS PERLU"
.

SCUBA OPEN WATER

PERLU akan mengadakan satu program Scuba Open Water di Pulau Kapas seperti butiran dibawah:

Tarikh: 23 Jun 2009 - 3 Julai 2009
Tempat: Pulau Kapas, Terengganu.

Latihan teori dan praktikal akan diadakan pada 23 - 30 Jun 2009 yang akan diadakan sama ada di Pusat Akuatik UiTM atau Pusat Akuatik Seksyen 13. Penyertaan anda semua amtlah dialu-alukan....

Saturday, April 4, 2009

E-MAIL DETAIL

Salam,
Baru-baru ini, admin ada membaca beberapa ruangan komen di blog-blog alumni PERLU "Perjalanan". Ada cerita yang menarik perhatian admin berkaitan pengalaman seorang alumni ketika menjadi instruktur PERLU pada suatu masa dahulu. Namun, ada juga alumni yang menyatakan tidak semua nama alumni dipaparkan dalam Blog PERLU ini. Ini tidak bermaksud kami melupakan alumni yang first batch, atau yang lama-lama, cuma admin tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk dipaparkan dalam blog ini atau pun kita tidak pernah berjumpa atau bersua-muka. Tak kenal maka tak cinta.
Jikalau sudi, bolehlah kiranya abang-abang dan kakak-kakak alumni PERLU emailkan detail seperti nama penuh, alamat rumah terkini, dan no. telefon ke perlu_uitm@yahoo.com untuk admin uploadkan ke dalam blog ini. Ini bukan sahaja bertujuan untuk blog ini semata-mata, tetapi sekiranya ada aktiviti atau program PERLU, bolehlah admin berhubung terus dengan para alumni semua untuk urusan jemputan.
Kerjasama dari semua amatlah admin hargai.
"HIDUP PERLU"
.

WALL CLIMBING

Salam,

Untuk makluman semua, Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) akan mengadakan aktiviti Wall Climbing seperti ketetapan yang berikut:

Tempat : Ekstreme Park, Seksyen 13, Shah Alam.

Waktu : 8.30 pagi hingga 2.00 petang

Tarikh :5 April 2009

Oleh yang demikian, dijemput semua para alumni dan instructor PERLU untuk sama-sama menjayakan aktiviti pada semester ini.
.

Thursday, March 5, 2009

JANDA BAIK

Sedikit berkenaan Janda Baik
"Janda Baik is a small town in Pahang, Malaysia. Geographically located in the state of Pahang, Malaysia(03 31N Longitude 101 55 E). About 30km from Kuala Lumpur, capital of Malaysia. A simple Malay kampong or village with a population of approximately 1000 people. Cool breezing tropical climate of 22 C(night)to 28 C(day).

A peaceful village surrounded with untouchable natural tropical rain forest at altitude of 600-800 m above sea level. Idealistic for retreat from the hectic city life of Kuala Lumpur where temperature reaches 34 C at its peak in daytime.

The Janda Baik area has training camps which provide a quiet retreat from the busy city life of Kuala Lumpur, situated in a cooling atmosphere. Janda Baik is situated near Genting Sempah, about 40 minutes to drive from Kuala Lumpur.

Almost all the accommodation in the area is able to organize motivational courses, as well as various obstacle challenges such as the ever popular jungle trekking, waterfalls abseiling, water rafting, off road 4 wheel drive, treasure hunt, sosial services, low rope courses, flying fox and abseiling. Camping grounds are available."


PERLU juga pernah mengadakan majlis Gathering dan TOT di sana. Beberapa lampiran semasa gathering dan TOT.



Gathering PERLU Janda Baik, Batch Black Jack

Aktiviti Water Confident
TOT Batch Dragon Ball


Aktiviti Waterfall Abseil





Kursus Amali Akhir Perkhemahan Rekreasi Luar

Salam,

Untuk makluman semua, Final Camp pada semester ini akan diadakan seperti butiran yang berikut:

Tempat : Latto Charok, Janda Baik.
Tarikh : 14 - 20 Mac 2009
Peserta : Pelajar Ijazah SR221 (Part 2) UiTM, Diploma SR113 (Part 2) UiTM dan INSTEDT

Oleh yang demikian, dijemput para alumni dan instructor PERLU untuk sama-sama menjayakan Final Camp pada semester ini.

Tuesday, February 10, 2009

Kursus Amali Asas Perkhemahan Rekreasi Luar

Alhamduilillah pada hari Sabtu yang lalu (7hb) sehingga semalam, hari Isnin (9hb) satu kem amali telah selamat dijalankan. Seramai 50 orang pelajar dari UiTM Shah Alam dan INSTEDT yang mengikuti kursus Amali Asas Perkhemahan Rekreasi Luar.

Faktor cuaca yang baik, persediaan yang baik, bantuan yang dihulurkan oleh para pensyarah dari UiTM dan INSTEDT dan penglibatan alumni PERLU sewaktu program berjalan telah banyak membantu 26 orang peserta dari UiTM dan 24 orang dari INSTEDT untuk menjalani aktiviti seperti yang dirancang.

Selain mendapat ilmu dan pengalaman, diharapkan program yang telah dijalankan dapat mencapai objektif dan membantu para peserta mendapatkan gambaran awal bagi melakukan persiapan ke Kem Amali Akhir nanti. Selain itu, diharap dengan wujudnya kerjasama di antara peserta dari UiTM dan INSTEDT di peringkat amali awal ini, akan memudahkan usaha kerjasama yang bakal dilakukan bagi program amali akhir nanti.

Terima kasih yang tak terhingga kepada En.Hisyam Che Mat kerana masih memberi peluang untuk kami ahli PERLU berkongsi pengalaman dan seterusnya mencari pengalaman dan ilmu baru menerusi kem ini. Tidak terkecuali ucapan terima kasih kepada pensyarah dari UiTM (Cik Suhana Aiman, En. Norasrudin, Pn. Rezian-na Kasim, En. Borhan, En.Azizul dan En. Khaizani) dan INSTED (En. Ahmad Firdaus Ibrahim, En. Fadzil dan En. Shah)

Tidak lupa juga kepada para alumni PERLU ( Abg. Mazlin, Kak Nurul dan Maisarah, Kak Yazilah,Kak Ina,Abg Bad, Abg Ijam, Abg. Shawn, Abg Yaser, Abg. Lan, Abg. Mus) yang sanggup
mengorbankan masa dan tenaga bagi membantu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada kumpulan First Aider seramai 8 orang yang telah membantu untuk merawat mereka-mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada P.M Doc. Anuar Suun yang telah menggalakkan mereka untuk melakukan Medical Cover semasa program ini berjalan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
.

Saturday, February 7, 2009

TAKZIAH

Al-Fatihah

Salam takziah dari warga PERLU kepada En. Hisyam bin Che Mat diatas pemergian kakak beliau ( Norhayati Che Mat ). Sama-samalah kita berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan keampunan.

Daripada Nya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Tuesday, February 3, 2009

AL_FATIHAH

Takziah diucapkan kepada bekas presiden PERLU Abg. Shariman dan keluarga di atas pemergian adiknya yang tersayang. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan yang beriman.


Berikut adalah sedikit petikan Akhbar Berita Harian, Selasa, 03 Februari 2009 / 8 Safar 1430




Konstabel koma tiga bulan meninggal

MELAKA: Selepas hampir tiga bulan koma akibat dibelasah lebih 20 lelaki di sebuah restoran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC, Konstabel Mohd Fairuz Shafie (gambar), 23, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor, berkata anggotanya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT), Johor, kira-kira jam 9 malam ketika menerima rawatan lanjut di situ selepas dipindahkan dari Hospital Melaka (HM) pertengahan Disember lalu.
"Polis kontinjen negeri berasa kehilangan Mohd Fairuz, anggota yang sangat berdedikasi. Biarpun baru lebih setahun berkhidmat, Allahyarham menunjukkan komitmen tinggi terhadap tugasnya di Jabatan Siasatan Jenayah IPK.
"Bagi pihak semua warga kerja polis di negeri ini, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Fairuz," katanya selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan IPK Melaka di Bukit Beruang, dekat sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Allahyarham pengsan dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HM selepas dibelasah 22 lelaki di Restoran Subaidah MITC, Ayer Keroh, kira-kira jam 11.45 malam 21 November lalu ketika minum bersama seorang wanita.
Siasatan polis mendapati beliau cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul dengan topi keledar dan polis kemudian menahan kira-kira 15 individu, manakala motif serangan dipercayai akibat cemburu.
Lapan individu termasuk dua beradik dan dua remaja didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Melaka 5 Disember lalu dan kes dijadual disebut semula April ini.
Sementara itu, ibu mangsa, Arpah Bachok, 54, berkata beliau menerima ketiadaan anak bongsunya itu serta tidak memaafkan mereka yang terbabit dalam kejadian itu selagi tidak dikena hukuman.
Hadir menziarahi keluarga Allahyarham, Ketua Polis Melaka, Mazlan dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, manakala kerajaan Melaka menyumbang RM10,000 yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman.

AL-FATIHAH......

Monday, February 2, 2009

TUKAR

Untuk makluman semua, e-mail rasmi blog PERSATUAN PEMBIMBING REKREASI LUAR UiTM (PERLU) telah bertukar. Ini adalah kerana Admin mendapat e-mail daripada Naib Yang Di-Pertua PERLU SELANGOR bahawa penggunaan nama alamat E-mail sebelum ini tidak mendapat kebenaran bertulis dari PERLU SELANGOR. Maka dengan ini, bagi mengelakkan sebarang masalah, kini dengan rasminya alamat E-mail bagi PERSATUAN PEMBIMBING REKREASI LUAR UiTM (PERLU) adalah "perlu_uitm@yahoo.com". Namun begitu, Admin mengucapkan terima kasih kepada semua dan memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan sebelum ini.

Diharap, sebarang maklumat baru mengenai penglibatan dan maklumat AHLI KELUARGA PERLU dapat dihantar ke alamat e-mail baru ini.

FIRST CAMP#1 2009

Amali Asas Perkhemahan Rekreasi Luar yang juga merupakan Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap Satu akan berlangsung tidak lama lagi. Maklumat berkaitan amali tersebut adalah seperti berikut:


Tarikh: 7 hingga 9hb Februari 2009 (Sabtu - Isnin)

Lokasi: Tapak Perkhemahan Camar Rimba, TPM, Shah Alam.

Peserta: 27 FSR UiTM Shah Alam, 24 INSTEDT Johor & 15 Kolej Shahputra Kuantan.

Aktiviti: Icebreaking, knotting, first aid, menjejak, orienteering dan keraf perkhemahan.

KEPIMPINAN DALAM REKREASI

Etika Pembimbing

1. Utamakan keselamatan semua yang terlibat pada setiap masa.
2. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang diceburi.
3. Memberi peluang perkembangan individu yang optimum untuk menyesuaikan dengan
keadaan.
4. Berusaha menerokai bidang-bidang baru yang lebih mencabar.
5. Berkeyakinan dalam melaksanakan tugas yang diberi.
6. Menghormati kemampuan setiap individu.
7. Berkhidmat dengan sukarela.


Kualiti Pembimbing

Setiap pembimbing mestilah berusaha untuk memantapkan kualiti diri sebagai seorang insan yang diamanahkan untuk menyampai ilmu:
1. Tegas dalam usaha mencapai objektif dan matlamat.
2. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan.
3. Kepimpinan yang positif.
4. Amanah dalam tugas.
5. Cekap.
6. Berwawasan.
7. Patuh kepada etika.
8. Memahami adaptasi terhadap klien / peserta.


Tanggungjawab Pembimbing

1. Tehadap rakan sejawat
v Menjaga nama baik profesionalisme pembimbing.
v Memberi kerjasama yang optimum.
v Bertanggungjawab.

2. Terhadap klien / peserta
v Keselamatan.
v Layanan yang adil.
v Merahsiakan maklumat yang perlu dirahsiakan.
v Menjaga etika dan tatasusila.
v Mendapatkan pengetahuan dan maklumat terkini.

3. Terhadap pentadbir
v Menurut perintah.
v Menyempurnakan tanggungjawab.
v Menjaga nama baik institusi dan organisasi.
v Memberi serta menerima pandangan yang membina.

4. Terhadap program
v Memastikan matlamat tercapai.
v Perlaksanaan aktiviti berjalan dengan lancar.
v Membuat penilaian dan laporan aktiviti.

5. Terhadap profesion
v Sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi.
v Menghargai nilai dan etika profesion.
v Berusaha mengekalkan dan mempertingkatkan prestasi dalam pelbagai bidang.


Bidang Tugas Pembimbing

Perancangan

1. Menyediakan kertas kerja / cadangan
2. Membentuk ahli jawatankuasa pengelola
3. Membentuk ahli jawatankuasa kerja
4. Mesyuarat merangka program / penjadualan
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan
6. Menentukan pemilihan tempat dan masa yang sesuai.
7. Mengambil kira aspek keselamatan

Persediaan

1. Penyusunan aktiviti terperinci
2. Mesyuarat / taklimat penyelarasan
3. Senarai semak peralatan
4. Pengagihan tugas
5. Keselamatan
6. Urusan surat menyurat

Di Tapak Amali

1. Keselamatan (manusia dan peralatan)
2. Penyampaian pengetahuan atau tunjukcara
3. Penilaan semasa

Penilaian

1. Mengadakan post mortem keseluruhan program
2. Pencapaian matlamat / objektif
3. Laporan sepanjang amali
4. Cadangan untuk meingkatkan kualiti pembimbing dan peserta


Pendekatan ke arah peningkatan profesionalisme
Seorang pemimpin berkesan perlu berusaha untuk membina kualiti yang disenaraikan di dalam dirinya.

Ø Mempunyai cara berkomunikasi dan berinteraksi yang berkesan
Ø Mengemaskinikan pengetahuan di dalam bidang yang diceburi
Ø Menggunakan kaedah yang sesuai dengan kumpulan sasaran
Ø Bersikap rasional dan peka terhadap persekitaran yang dinamik
Ø Mempunyai keyakinan diri
Ø Berdisiplin kendiri dan berwibawa
Ø Corak (style) kepimpinan yang sesuai dengan situasi
Ø Mengamalkan nilai-nilai murni
Ø Sihat fizikal, emosi, intelek, rohani dan social


DETERMINATION

“There is no trying. There is only doing or not doing”
.

Thursday, January 29, 2009

Buletin Program Mesra Ahli

Terima kasih kepada abg Mus diatas kesudian berkongsi pengalaman semasa Program Mesra Ahli. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menambah lagi berita boleh la emailkan kepada perlu_uitm@yahoo.com




Hari pertama

Alhamdullillah semua peserta program selamat dan amat gembira dengan perjalanan program. Bermula pada hari pertama 25hb kira-kira jam 8.30am ramai yang telah berkumpul di rumah Abg Mus di seksyen 8 bagi melakukan persiapan terakhir.
Tepat pada jam 1.30pm selepas makan tengah hari di seksyen 8, tiga biji kenderaan yang dipandu Abg.Mazlin, Abg.Shawn dan Atiq bertolak ke Ulu Langat.

Tiba di lokasi di "Impian Rimba" Ulu Langat kira-kira jam 3.00p.m. Dengan pengalaman yang ada, kraft perkhemahan berjaya dilakukan dalam masa yang singkat. Seterusnya apa lagi....? Mandi la...(bak kata abg.Mus)



Semasa dan selepas kraf perkhemahan
Kira-kira jam 7.00pm muncullah kelibat Abg.Pian (kawan lama abg. Shawn) bersama anak dan isteri dan kira-kira jam 7.30pm Wan (adik ipar Abg. Mazlin) dan Abg.boxer yang tersesat ke kaki gunung Nuang sampai ke lokasi.

Seperti biasa aktiviti malam dimulakan dengan makan malam...walau bagaimanapun ada aktiviti tambahan diadakan sewaktu makan malam untuk menambahkan lagi keceriaan malam itu... aktivitinya ialah makan DURIANNNN.....! (wrrgh...rugi la yang tak pegi....)




Selesai aktiviti makan, mereka semua dihidangkan dengan tayangan movie menarik ala panggung wayang. Laptop dan projektor yang dibawa oleh Abg.Pian ditambah dengan sound system yang diimport oleh Abg. Mus memang mengamatkan suasana. Beberapa filem seperti "FURY" "PERSUIT OF HAPINESS" dan beberapa filem aksi yang lain.


HARI KEDUA

Seawal pagi Ecah dan Nini (kawan Abg Mazlin) telah sibuk menyiapkan hidangan lazat seperti nasi lemak dan bubur durian. Dalam suasana dingin pagi semua yang ada dihidangkan dengan nasi lemak dan bubur durian yang dicicah dengan roti memang tak dapat dilupakan. Setelah selesai mengisi perut, semuanya tertumpu kepada aktiviti mandi-manda dikawasan tersebut.

Apabila matahari mula tinggi kawasan tersebut mula padat dengan pengunjung. Semua mula naik dan satu plan ke air terjun Lopo dibuat dan terus disusun tanpa membuang masa. Berbekalkan makanan sepeti roti dan biskut, semua yang ada termasuk kanak-kanak (Maisarah 2 tahun, Umair 2 tahun dan Zaif 4 tahun)dan isteri abg Pian yang mengandung 4 bulan turut serta dalam mini ekspidisi ke air terjun.

Semasa dan sebelum Ekspidisi mini

Antara panorama indah yang terhidang



Wajah kepuasan

Agak lambat kira-kira 2 jam lebih perjalanan, akhirnya semua selamat sampai kira-kira jam 4.00p.m. Walaubagaimanapun, penat dan lelah semuanya terbalas apabila sampai ke kawasan air terjun.

Pada jam 7.00p.m Alhamdulillah semua berjaya sampai ke kawasan parkir kereta. Selesai dengan akiviti cooling down dan bacaan doa tanda syukur semua kembali ke base camp yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan menaiki van.

Seperti biasa aktiviti malam dimulakan dengan makan malam. Kali ini Ecah selaku ketua masakan betul-betul menunjukan kepakarannya apabila menghidangkan lauk ayam masak lemak ala Negeri Sembilan (teringat Abg. John) kata Abg. Mus.

Lebih menceriakan suasana ialah apa bila Abg.Stone yang sibuk dengan urusan kerja sempat datang untuk menjengok rakan-rakan yang ada. Bukan itu sahaja, beliau juga hadir dengan satay ayam dan daging yang menyelerakan.
Untuk menyambut kedatangan Abg.Stone pada malam itu kira-kira pukul 9.00 p.m, beberapa orang seperti Abg.Mazlin, Abg.shawn, Abg. Mus, Abg.Pian, Wan, Abg Boxer dan Abg. Stone sanggup turun semula untuk mandi di dalam kesejukan sungai tersebut.
Selesai dengan mandi-manda waktu malam, aktiviti menonton wayang pula disambung. Apabila penat trekking dicampur dengan penat main air kesudahannya wayang yang tengok mereka.


HARI KETIGA

Seperti biasa aktiviti pagi dimulakan dengan sarapan pagi. Selepas menjamu hidangan cekodok dicicah sardin, semua yang ada meneruskan pagi tersebut dengan aktiviti mandi. Selesai makan tengah hari dengan lauk sardin goreng, ikan goreng dan sayur kobis semua yang ada mengembeling tenaga unuk mengemas tapak perkhemahan. Setelah selesai mengemas kira-kira jam 4.00pm semua membuat persiapan diri untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang, semua singgah di rumah kakak kepada kak Nurul di mana ibu kak Nurul menghidangkan nasi briani ayam merah. Perrgh...... memang marvelous.


Di rumah kakak kak Nurul


Dari rumah tersebut berpisah la semua yang ada untuk pulang kerumah masing-masing.

Dari program yang telah dilalui ini banyak perkara yang dapat dikecapi. Abg.Mus juga menyatakan bahawa dengan adanya program ini kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan merapatkan hubungan sesama ahli dan alumni.
Difahamkan juga Abg.Shawn akan menyusun satu lagi program ke Taman Negara Pahang tetapi masih didalam perancangan. Menjadi harapan sekiranya program tersebut medapat sambutan yang lebih menggalakkan. Terima Kasih.

"Keep up the good work"
P/S: Terima kasih kepada semua yang telah mmberikan maklumat terkini hiburan sensasi kepada ADMIN blog ini. Semoga ada lagi yagi yang dapat memberikan maklumat mengenai apa-apa yang berkaitan dengan aktiviti dan rancangan berkenaan PERLU supaya dapat admin sebarkan melalui Blog ini.

Saturday, January 24, 2009

Program Mesra Ahli

Assalammualaikum & salam sejahtera. . . .

Kami PERLU akan keluar berekreasi sempena cuti Tahun Baru Cina yang juga merupakan cuti mid-term bagi siswazah di UiTM. Kami akan ke Ulu Langat bermula 25hb hingga 26hb ini.

Walaupun program tidak rasmi ini adalah anjuran PERLU, tetapi kami menerima sesiapa sahaja yang ingin untuk turut serta.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi " bro Shawn" (pengarah program).

Friday, January 23, 2009

Tertunda

salam...perhatian...T.O.T 11 akan ditunda dari 24-26/1 ke 29-31/1 atas sebab2 yg tak dpt dielakkan...diharap anda dpt meluangkan masa untuk menyertai program ini...tq